Saturday, 17 December 2011

Pas dan Umno akhirnya BERSATU







Adakah saatnya sudah tiba untuk umno dan pas bersatu?dua buah parti politik yang beza perjuangan(kata mereka)tanpa disedari kedua-dua parti politik ini sebenarnya merupakan penganut agama islam.kecelaruan yang merimaskan bagi segelintir umat.apakah yang sedang dirasakan oleh para pejuang kedua-dua parti politik ini?kenapa susah untuk bersatu?mungkin inilah namanya permainan politik.
Tapi suatu kepastian..mereka pasti bersatu,mungkin mereka sekarang berada dalam keadaan yang amat selesa.jiwa mereka belum diketuk,akal kurnian belum di kemas kini secara baik.suatu hari akan lahir pemimpin dari kedua-dua parti ini untuk sama memimpin,berganding bahu menerajui umat yang semakin lalai dari pelbagai sudut..pemimpin yang meletakkan agama islamnya melebihi segala-galanya.harapan tiadalah tergadai agama kerana ketidak sepakatan yang berlaku.tidak ku benci agama lain.tetapi agama islam adalah agama yang terbaik melampui semuanya.tonjolkan islam dan insyallah kita pasti bersatu,buangkan sikap mengeji,sikap tamak,ego,dan lihatlah persamaan syurga dan neraka yang bakal dikongsi bersama. Kerana itulah kehidupan hakiki yang mahu dinikmati.

---jalil mat piah---

No comments:

Post a Comment